fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB11




KOMEN PELAJAR






Setelah menjalani latihan industri selama 5 bulan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh , saya dapat menimba banyak pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan melalui program latihan industri ini. Saya telah banyak didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan sebenar, organisasi serta operasi dan hubungan manusia malah banyak lagi perkara lain yang tidak terdapat di politeknik.




Latihan industri ini amat menepati objektif dan sasaran pelajar, ini kerana ianya mendedahkan seseorang pelajar kepada keadaan sebenar alam pekerjaan. Banyak peluang yang boleh diperolehi daripada latihan industri kerana para pekerja seperti juruteknik, supervisor serta engineer tidak jemu-jemu menberi ilmu kepada pelatih serta memberi penerangan dan berkongsi pengalaman mereka sebelum ini. Melalui program ini pelatih dapat meningkatkan kebolehan diri dan keyakinan diri.


Sepanjang saya menjalani latihan di lapangan terbang ini saya telah di arahkan untuk menguruskan jadual sendiri, terdapat jabatan elektrik, operasi, awam, mekanikal dan juga keselamatan. Berdasarkan jadual ini saya dapat menpelajari banyak bahagian selain daripada bidang yang saya ceburi. selain itu saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam melakukan kerja dalam bidang-bidang yang lain. Dalam melakukan kerja-kerja seharian, saya mengikut juruteknik melakukan kerja-kerja yang memerlukan kerahan tenaga (on-hand job) mahupun pengambilan bacaan atau data. Masalah timbul apabila sebahagian daripada kerja-kerja ini tidak tetap pada satu-satu masa dan merujuk kepada permasalahan yang berlaku pada hari sebelumnya. Ini membuatkan ada hari-hari tertentu dimana saya tidak melakukan kerja yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan dengan apa yang telah dipelajari.




Saya berpendapat jika setiap jabatan memberi satu bentuk kerja kursus atau tugasan tertentu kepada pelajar, ini dapat meningkatkan pengetahuan pelatih selain dapat mengisi waktu yang terluang serta mengelakkan pelatih merasa bosan dan jemu. Para pelatih perlu bijak dalam merebut peluang yang ada dengan rajin mencari sebarang kerja yang memberi faedah dalam bentuk pembelajaran yang berkaitan.




Pada penghujung latihan di lapangan terbang ini, saya juga telah didedahkan dengan System and Application Products (SAP). Sistem ini bertujuan bagi memudahkan ianya dikemaskini walaupun berada ditempat yang berlainan. Sistem ini berfungsi untuk merekod setiap kerja yang telah siap dilakukan kepada orang atasan untuk disemak. Pengalaman ini merupakan pengalam yang baru saya pelajari

0 Comments:

Post a Comment

<< Home