fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB10




KESIMPULAN






Setelah menjalani latihan industri selama lima bulan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. saya telah memperolehi banyak pengalaman disamping menimba banyak pengetahuan yang tidak mungkin saya lupakan. Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian,ia secara tak langsung telah mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada struktur organisasi jabatan atau firma.




Di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Saya telah diberi peluang untuk melihat dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kerja yang dilakukan oleh juruteknik. Dengan aktiviti sebegini, ia adalah satu permulaan yang baik untuk membolehkan saya mengguna dan mempraktikkan pengetahuan serta pertimbangan sendiri dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Selain itu saya juga telah diajar untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan dan melaksanakan sesuatu tugas. Melaluinya wujud lah satu suasana yang harmoni dan terjalin sebuah ikatan perhubungan yang baik antara sesame pelatih dan pekerja.



Semasa menjalani latihan industri di lapangan terbang ini pihak lapangan terbang banyak menyediakan kemudahan bagi pelatih. Selain itu mesin fotokopi disediakan bagi memudahkan pelatih membuat salinan bahan yang dipelajari dan juga memudahkan pelatih membuat laporan akhir. Kemudahan bilik dokumen atau bahan rujukan disediakan bagi memudahkan para pekerja dan pelatih mudah untuk membuat rujukan mengenai kerja yang




Sistem pengurusan latihan industri yang dianjurkan oleh politeknik-poiteknik di Malaysia khususnya Politeknik Ungku Omar Ipoh, bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran bahkan telah memberi peluang melatih saya menulis sebuah laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Akhir sekali, melalui laporan dan segala pengalaman yang diperolehi tentunya akan menjadi aset penting untuk kerjaya saya kelak dan melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek pengurusan.




Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja di loji ini kerana sudi memberi tunjuk ajar dan tidak jemu mengajar kami setiap masa. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh saya menjalani latihan industri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home