fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB 9




KESELAMATAN






10.1 PENGENALAN




Keselamatan penting untuk diambil kira kerana ia melibatkan nyawa seseorang pekerja. Keselamatan adalah komponen yang paling penting terutamanya semasa menjalankan tugas. Keselamatan perlulah diambilkira sebelum melakukan kerja-kerja yang melibatkan kerja yang merbahaya. Untuk itu, di Airport juga menitikberatkan soal keselamatan para pekerjanya dan telah mengadakan kelas “Airport Emergency Plan” section 4 – Full emergency & local stanby dan casualty handgling. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Zahrullail bin Ibrahim ( Penolong Penguasa Bomba ) dan Encik Ahmad bin Tawal ( Pegawai Bomba ).




AIRPORT EMERGENCY PLAN SECTION 4 – FULL EMERGENCY & LOCAL STANBY






10.2.1 FULL EMERGENCY ( IMMINENT CRASH)






# AM




Full emergency diistiharkan apabila sesebuah pesawat membuat mendaratan atau disyaki mengalami masalah yang dijangka boleh menyebabkan pesawat terhempas.
Pengistiharan ini dibuat bagi membolehkan semua jabatan atau ogensi yang berkaitan peka dan bersiap sedia dengan semua persiapan untuk tindakan segera ke airport bagi menghadapi kemalangan





# TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN UMUM YANG PERLU DIAMBIL




Keutamaan bagi sesuatu kemalangan pesawat adalah untuk ‘menyelamatkan nyawa’ (save lives)
Dengan ini perlu ada satu plan tindakan bagi pembahagian tugas dan tanggungjawab jabatan atau ogensi menghadapi sesuatu kecemasan.






# JABATAN-JABATAN YANG PERLU DIHUBUNGI




Department of Civil Aviation ( DCA )
Airport Fire and Rescue Service ( AFRS )
AVSEC
MASB Airport Operacion
Polis Di Raja Malaysia ( PDRM )
MASB engineering
Ipoh General Hospital
Jabatan Pertahanan Awam ( JPA 3 )
BOMBA TUDM
Jabatan Kastam
Jabatan Kaji Cuaca
Jadatan Imigresen
Pejabat Daerah Batu Gajah
Badan Keselamatan Negara
Tenaga Nasional
Telekom Malaysia ( TM )






10.2.2 AIRCRAFT IN DIFFICULTY ( LOCAL STANDBY )







# AM




Local standby diistiharkan apabila sesebuah pesawat membuat pendaratan atau disyaki mengalami masalah kecil tetapi kebiasaannya selamat mendarat dengan baik.
Pengistihar ini dibuat bagi membolehkan organisasi lapangan terbang peka dan membuat pesediaan bagi menghadapi kemalangan.
Lain-lain jabatan atau agensi hanya peka dengan maklumat yang telah disampaikan.








# JABATAN-JABATAN YANG PERLU DIHUBUNGI




Department of Civil Aviation ( DCA )
Airport Fire and Rescue Service ( AFRS )
AVSEC
MASB Airport Operacion
Polis Di Raja Malaysia ( PDRM )
MASB engineering
Ipoh General Hospital






Rajah 10.2.1 Sesi kelas yng disampaikan oleh ( KUB ) PPB Zahrullail bin Ibrahim mengenai ( AEP ) Ipoh Perak kepada 12 orang kakitangan Lapangan terbang Ipoh Perak.






Rajah 10.2.2 Para perserta kursus menumpukan sepenuh perhatian semasa pelajaran yang sedang disampaikan oleh pengajar.






10.3 CASUALTY HANDLING





10.3.1 PENDAHULUAN




Selain dari kerja-kerja operasi memadam kecemasan kebakaran kapal terbang anggota AFRS juga terlibat dalam kerja operasi menyelamatkan mangsakemalangan pesawat tersebut. Dengan itu, bagi memenuhi objektif iaitu menyelamatkan nyawa penunpang-penumpang kapal terbang.






# SIFAT-SIFAT YANG ADA PADA PENYELAMAT




Mempunyai kesabaran .
Dapat menenangkan keadaan mangsa yang sedar.
Menjalankan kerja-kerja dengan teratur dan licin.
Jangan gopoh dan kelam kabut agar mangsa tidak rasa takut.






# TINDAKAN SEBELUM MENGGANGKAT MANGSA




Menjalankan kerja secara berpasangan jika keadaan mangsa tidak teruk.
Cuba guna alatan bantuan jika ada.
Menyelamatkan mangsa mestilah cepat tetapi cermat.
Menggunakan jalan yang paling dekat bagi menggalihkan mangsa.







Rajah 10.3.3 Cara mengangkat secara berdua-dua dari kumpulan 2 dengan menggunakan stretcher.





Rajah 10.3.4 Teknik mengangkat secara Fore And Half Method yang ditunjukan dari pengajar yang dilantik bagi kempulan 1.







Rajah 10.3.5 Teknik mengangkat secara berpasangan seramai 4 orang dari kempulan 3






Rajah 10.3.6 Para peserta berkumpul di padang bersama-sama pengajar bagi setiap kumpulan sambil menunggu arahan selanjutnya.







Rajah 10.3.7 Pengajar bagi kumpulan 3 menegur kesalahan yang dilakukan oleh peserta kerana teknik yang di buat boleh menyebabkan kecederaan kepada mangsa.









10.4 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA






10.4.1 PENGENALAN




Dalam kerja-kerja pemasangan mungkin boleh berlakukemalangan yang tidak berbau, samada ke atas diri kita,rakan kerja atau pemasangan. Oleh itu, kita mestilah beringat dan berwaspada bahawa keselamatan adalah yang amat penting sekali. Jadi disini dinyatakan beberapa langkah keselamatan ketika membuat kerja-kerja pemasangan, iaitu :




Keselamatan kawasan kerja
Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik
Keselamatan ke atas pemasangan atau pendawaian






10.4.2 KESELAMATAN KAWASAN KERJA




Keselamatan di kawasan tempat kerja adalah amat penting untuk menjaga diri dari berlaku apa-apa kejadian yang tidak diigini dalam erti kata lain berlakunya kemalangan. Jadi keselamatan kawasan kerja adalah amat pentig. Para pekerja harus memastikan kawasan yang ingin digunakan seperti berikut :




§ Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih daripada minyak, air, gris dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya kita tidak tergelincir atau jatuh semasa berjalan di kawasan itu. Selain itu juga ia boleh menjadi sebahagian daripada litar elektrik dan akan mengakibatkan renjatan elektrik.
§ Alat-alat dan pekakas mestilah diletakkan di tempat yang sesuai dan betul supaya tidak menjadi gangguan ketika melakukan kerja
§ Ke semua alatan dan perkakas mestilah dalam keadaan baik supaya tidak berlaku kejadiaan yang tidak diigini. Ia juga dapat mengelakkan berkalunya nahas renjatan elektrik.







10.5 KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PEMASANGAN ELEKTRIK






10.5.1 KESELAMATAN DIRI




Pakaian hendaklah sesuai dengan kerja yang ingan di buat.
Kasut yang digunakan hendaklah diperbuat daripada bahan penebat yang baik jdan bertumit rendah.
Elakkan diri daripada memakai barang-barang kemas.
Semasa membuang penebat pada kabel, gunakan pisau dengan cermat. Arah pergerakan pisau itu mestilah tidak menghala pada badan atau orang lain disekeliling kita.
Jika melakukan kerja menggunakan tengga, tentukan kedudukan tangga yang disandar pada dinding mestilah bersudut yang selamat. Biasanya bersudut 30 darjah.






10.5.2 LITAR TERBUKA ( LITAR MATI )




Semua kerja pemasangan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan dalam keadaan litar terbuka. Cara untuk memutuskan litar ialah dengan menutup ( off ) suis utama atau dengan mencabut fius (dalam suis utama atau pun pada papan fius agihan).




10.5.3 LITAR TERTUTUP ( LITAR )




Membuat kerja pemasangan atau kerja pemulihan semasa litar tertutup adalah tidak digalakkan, kecuali dalam keadaan kecemasan atau dalam keadaan memerlukan bekalan dengan secepat yang boleh.




Langkah-langkah yang perlu diambil semasa melakukan kerja pemulihan dalam keadan litar tertutup ialah :




Tebatkan diri iaitu dengan menggunakan sarung tangan yang berpenebat dan berdiri diatas barang-barang berpenebat.
Elakkan bekerja pada sebahagian litar pada satu masa.
Alatan atau perkakas mestilah sentiasa kering dan selamat digunakan.
Buat tanda bagi setiap kebal dalam litar yang sedang dibaiki.






10.6 BAHAYA RENJATAN ELEKTRIK




Renjatan elektrik adalah satu pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang itu.




Terdapat dua syarat yang mesti dipenuhi untuk membolehkan arus melalui badan seseorang ialah :




Ia mestilah menjadi sebahagian daripada litar lengkap ( litar tertutup ) bagi pengaliran arus.
Di dalam litar lengkap itu mesti terdapat daya gerakan elektrik atau beza upaya untuk membolehkan arus mengalir.




Dalam satu keadaan yang biasa, arus minimum yang boleh mengakibatkan renjatan elekteik dan membawa maut ialah 50mA, manakala valtan minimum ialah 67 volt a.u.






10.7 PEKARA-PEKARA YANG MEYEBABKAN RENJATAN ELEKTRIK




Kerosakan alat-alat atau pekakas elektrik. Kelalaian manusia juga boleh menyebabkan renjatan elektrik, seperti :




Kegagalan untukmematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik.
Membuat modifikasi ( perubahan ) pada alat-alat elektrik tanpa mendapat kebenaran daripada pihak membuat alat tersebut.
Kegagalan untuk membaiki alat-alat elektrik yang telah pun mengakibatkan renjatan elektrik yang tidak berapa serius.
Kegagalan menguji rintangan penebat pada alat-alat elektrik






10.8 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL DENGAN SEGERA APABILA SESEORANG ITU TERKENA RENJATAN ELEKTRIK




Putuskan bekalan ( jika kalau punca bekalan jauh gunakan penebat untuk menarik mangsa dari punca bekalan.
Letakkan mangsa pada tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang baik untuk mangsa.
Longgarkan pakaian dan keluarkan barang-barang yang terdapat pada mangsa tersebut.
Mulakan pemulihan penafasan sementara.
Dapatkan bantuan dengan segera.






10.9 KAEDAH PERTOLONGAN CEMAS




Terdapat 4 kaedah pertolongan cemas:




§ Kaedah Holger Nielson
§ Kaedah mulut ke mulut atau mulut ke hidung
§ Kaedah Silvester
§ Kaedah Schafer

0 Comments:

Post a Comment

<< Home