fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB 6




PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN






7.1 PEMASANGAN COPPER PLATE DAN COPPER SPIKE






7.1.1 PENGENALAN




Copper plate dan copper spike sangat penting dipasang kerana bertujuan untuk mengalirkan arus daripada panahan petir kebumi untuk dineutralkan sarta dapat melindung peralatan atau banggunan daripad panahan petir. Copper plate dan copper spike di perbuat daripada tembaga, iaitu konduktor yang baik. Selalunya Cooper plate dan cooper spike di pasang diatas bumbung bangunan pencawang elektrik.






Rajah 7.1.1 Copper Plate dan Copper Spike





7.1.2 ALATAN YANG DIGUNAKAN




Copper plate
4 batangCopper spike
Blower
Cutter
Penutar skru rata
‘ Handrill ’
‘ Wall plug ‘
Tukul besi ‘ Hammer ’
Penyambung wayar (Extension)
Tangga












7.1.3 CARA PENGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Semasa menjalankan kerja pemasangan bagi copper plate dan copper spike diatas bangunan pencawang elektrik ini beberapa orang penyelia telah memyelia kami. Pada mulanya kami diberi penerangan serba sedikit mengenai cara pemasangan dan langkah-langkah yang perlu diambil. Justeru itu, kami lakukan kerja pemasangan di bawah pengawasan penyelia kami.




Nama penyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Krishnakumaran A/L Thilliambulam
En. Real Dul Walid bin Li
En. Bakri bin Ani






7.1.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




· Kenalpasti dan tanda kedudukan ludang yang hendak di tebuk.
· Lubang yang ditebuk hendaklah secara selari mengikut lebar copper plate untuk menjadi pengikatnya.
· Kemudian gerudi lubang yang ingin ditebuk dengan menggunakan handrall.
· Bersihkan kawasan yang telah di gerudi dengan menggunakan blower.
· Kemudian masukan Wall plug ke dalam lubang yang telah di gerudi.
· Cooper plate di letak diatas tempat yang telah ditetapkan.
· Kemudia copper plate diikat dengan menggunakan pengikat dan di skrukan ke dalam lubang yang telah di tebuk tadi.
· Jika sampai pada had iaitu terdapat copper spike, copper plate dipasang di bawah cooper spike.
· Terdapat 4 batang copper spike yang digunakan di dalm satu-satu kawasn.
· Setelah selesai kerja pengikatan copper plate, kemudian ia akan disimen.
· Copper spike bertindak apabila disambar petir, arus akan di alirkan melalui copper plate untuk di bumikan.





Rajah 7.1.2 Copper Plate dan Copper Spike






7.1.5 KOMEN DAN CADANGAN




Setelah membuat pemasangan copper plate dan copper spike saya dapat mempelajari cara melakukan kerja dengan betul dan selamat. Pada pendapat saya, kerja-kerja pemasangan sepatutnya dilakukan secara teratur dan perlu membuat perancangan awal suapyaproses kerja dapat berjalan dengan lancar.






7.1.6 KESIMPULAN




Kesimpulan yang dapat dibuat ialah sepanjang melakukan kerja pemasangan terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi supaya dapat mengelak atau mengurangkan risiko berlakunya kemalangan semasa melakukan kerja pemasangan. Pemilihan peralatan yang betul mengikut kesesuaian adalah penting untuk menjamin keselamatan dan kesempurnaan semasa melakukan kerja pemasangan.






7.2 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN OBSTRUCTION LIGHT






7.2.1 PENGENALAN




Obstruction light merupakan lampu yang penting di lapangan terbang. Ia juga merupakan salah sebuah lampu yang terdapat dalam sisitem AGL. Ia berfungsi sebagai panduan dan penanda kepada juruterbang pada waktu malam dan pada waktu cuaca buruk. Ia juga sebagai panduan kepada juruterbang bahawa di kawasan itu terdapat bangunan tinggi, menara telekomunikasi yang tinggi supaya tidak berlaku kemalangan. Pada kebiasaannya Obstruction light di pasang diatas bumbung bangunan atau pun terdapat bukit yang berdekatan di sekitar lapangan terbang kerana sebelum melakukan pendaratan juruterbang akan memandu pesawat rendah. Ia juaga dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Pemasangan lampu ini akan dibuat di atas highmast dan di atas bumbung pencawang elektrik LOC dan AGL.






7.2.2 PERALATAN YANG DI GUNAKAN




5 buah Obstruction light
Tangga
pemutar skru mata rata
Pemutar skru Philip
Cutter
Blower
Test pen
Playar
‘multimeter’
Spana boleh laras
Hand drill
Wall plug
Konduit boleh lentur
Kondiut PBC
Pita pelekat PVC ( PVC tape )
Penjalur wayar ( wire stripper )
Pentambung kabel ( connecter )
Kabel 1.5 mm PVC/PVC (hitam, putih dan hijau)






7.2.3 CARA PENGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum memulakan kerja pemasangan dan pendawaian, penerangan ringkas telah dibuat oleh penyelia kepada pelatih tentang cara pemasangan dan pendawaian yang hendak dibuat dengan lebih teperinci lagi. Selain itu, penyelia juga menunjukkan litar skematik pendawaian yang pelu dibuat. Pendawaian yang pertama dibuat bersama dengan penyelia dan pendawaian yang berikutnya kami dibenarkan melakukan kerja pendawaian dengan pengawasan yang minimum. Setelah siap melakukan kerja pemasangan dan pendawaian penyelia telah membuat pengujian terhadap pemasangan untuk memastikan pemasangan yang dibuat adalah betul.




Nama penyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Krishnakumaran A/L Thilliambulam
En. Real Dul Walid bin Li
En. Bakri bin Ani







7.2.4 PROSES KERJA YANG DI LAKUKAN






7.2.4.1 Proses Pendawaian dan Pemasangan ‘Obstruction Light’ pada Lampu Limpah pada Apron (High mast).




Sebelum memulakan keja pemasang dan pendawaian pastikan bekalan elektrik diputus terlebih dahulu.
Untuk langkah keselamatan periksa bekalan elektrik semula dengan menggunakan test pen.
‘Obstraction light’ ini di pasang pada bahagian atas lampu limpah apron ‘Apron High Mast’.
Pada bahagian atas lampu limpah apron boleh dibawa turun dengan menggunakan motor atau secara menual dengan memutar takal.
Masa yang diambil dengan menggunakan motor untuk memurunkan bahagian atas ialah 15 minit dan masa yang diambil secara menual ialah 45 minit. Bahagian atas hendaklah diturunkan denan perlahan-lahan.
Motor di gunakan dalam proses menurunkan bahagian atas lampu limpah untuk memutar takal.
Motor mendapat bekalan kuasa daripada soket alur keluar didalam control penal di dalam tiang lampu limpah.
Setelah bahagian atas lampu limpah diturunkan, kenalpasti bahagian yang sesuai untuk memasang perumah untuk ‘Obstraction light’ nat, bolt dan besi penyokong.
Perumah bagi ‘Obstraction light’ diikat dengan menggunakan besi penyokong dengan kemas dan diketatkan dengan menggunakan nat dan bolt supaya lebih kukuh.
Setelah selesai kerja pemasangan perumah ‘obstraction light’, kerja-kerja pendawaian pula di lakukan.
Satu unit Pemutus litar Minatur ( miniature Circuit breaker/MCB ) ditambahberkadaran 6 Amp pada papan suis.
Kabel 1.5 mm PVC/PVC digunakann untuk membuat pendawaian tersebut. Kabel dipasang pada terminal yang betul pada papan suis iaitu kabel hidup pada keluaran pemutus litar, kebal neutral pada terminal neutral dan kebal bumi pada terminal bumi.
Kemudian kabel tersebut dipasang pada kotak penyambung ‘Junction Box’,daripada kotak penyambung kabel akan disambungkan pada suis ‘Photocell’.
Terdapat 3 terminal pada suis ‘Photocell’ iaitu keluaran ‘Load’, masukan’line’ dan bumi ‘Earth’.
Kondiut boleh lentur ‘Flexible Conduit’ digunakan untuk melindungi kabel daripada ait hujan.
· Talian hidup akan dipasang pada ‘line’ dan keluar pada ‘load’ untuk terus ke lampu terminal hidup pada lampu dan keluar sebagai neutral, talian neutral tersebut akan dipasang pada terminal neutral yang terdapat pada ‘Junction Box’.
· Talian bumi daripada lampu dan suis ‘Photocell’ akan dipasang pada terminal bumi yang terdapat di ‘Juntion Box’.
· Setiap set ‘Obstruction Light” mempunyai 2 uint lampu dan ia dipasang secara selari.
Setelah selesai melakukan kerja pendawaian, pengujian harus dilakukan untuk memastikan keja pendawaian yang dilakukan adalah betul.
Mengujian ini dijalankan dengan menggunakan ‘multimeter’.
Setelah selesai melakukan kerja pengujian, pepasangandiuji dengan bekalan pada pendawaian.
Di dapati kami berjaya menyalakan lampu dengan baik.






Rajah 7.2.3 Pendawaian dan Pemasangan ‘Obstruction Light’ pada Lampu Limpah pada Apron (High mast).






Rajah 7.2.4 Pendawaian dan Pemasangan ‘Obstruction Light’ pada Lampu Limpah pada Apron (High mast).

7.2.4.2 Proses Pemasangan ‘Obsruction Light’ Pada Bumbung Pencawang Elektrik AGL dan LOC.




Sebelum melakukan kerja pemasangan dan pendawaian elektrik, pekara pertama sekali yang selalu dibuat sebelum memulakan kerja pemasangan dan pendawaian elektrik ialah periksa bekalan elektrik.
Pastikan bekalan telah di putuskan terlebih dahulu dan untuk langkah keselamatan periksa sekali lagi untuk memastikan bekalan elektrik telah tiada.
Punca bekalan untuk ‘Obstracion lihgt’ di ambil selari dengn lampu kalimantang yang di pasang pada koridor pencawang.
Lampu kalimantang di kawal oleh ‘Photocell’ iaitu suis kan berada litar buka apabila cuaca terang dan litar tutup apabila cuaca gelap seperti malam atau cuaca buruk.
Sebelum memulakan kerja pemasangan dan pendawaian elektrik, kawasan pemasangan hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu.
Kemudian tanda dibuat untuk membuat lubang dengan menggunakan ‘Hand drill’bagi memasang perumah dan conduit lampu tersebut.
Selepas itu blower di gunakan untuk membuang habuk dan ‘wall plug’ di masukkan kedalam lubang yang telah di tebuk untuk memudahkan proses mengskru klip untuk conduit dan perumah ‘Obstractian light’.
· Kemudiannya Konduit dan perumah ‘Obstruction light’ dikemaskan pada klip yang telah dipasang dan kabel 3x1.5mm dimasukan ke dalam konduit dan seterusnya ke ‘Obstruction Light’
Selepas kabel di masukkan, ia dipasang pada terminal yang betul.
Setiap set ‘Obtraction light’ mempunyai 2 buah lampu dan ia di pasan secara selari.
· Selepas itu kabel dipasang pada terminal yang betul pada Lampu Kalimantang yang terdapat di koridor pencawang tersebut.
· Proses terakhir ialah mengemaskan pemasangan serta menjalankan pengujian dengan menutup suis photocell dengan mengunakan kain supaya suis tersebut tidak dapat menerima cahaya, didapati ‘Obstruction Light” menyala dalam keadaan baik.






Rajah 7.2.5 Pemasangan ‘Obsruction Light’ Pada Bumbung Pencawang Elektrik AGL dan LOC.








Rajah 7.2.6 Pemasangan ‘Obsruction Light’ Pada Bumbung Pencawang Elektrik AGL dan LOC.







7.2.5 KOMEN DAN CADANGAN




Setelah selesai membuat kerja pemasangan dan pendawaianh elektrik ‘Obstruction light’ dapat mempelajari cara kendalian yang betul semasa melakukan kerja-kerja pemasangan dan pendawaian elektrik. Selain itu juga saya dapat mengenali satu lagi lampu yang terdapat didalam system AGL.






7.2.6 KESIMPULAN




Kesimpulan yang dapat dibuat ialah sepanjang melakukan pendawaian terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi supaya dapat mengelak atau mengurangkan risiko berlakunya kemalangan semasa membuat pendawaian . Pemilihan peralatan yang betul mengikut kesesuaian seperti saiz kabel , jenis kabel, kadar pemutus litar dan jenis pepasangan dalam sesuatu sistem pepasangan adalah penting untuk menjamin keselamatan dan kesempurnaan sesuatu pendawaian elektrik.

1 Comments:

Blogger muiz sh said...

thank you for this information. very useful to me.

8:32 AM  

Post a Comment

<< Home