fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB 5




KERJA PENYELENGGARAAN






6.1 PENDAHULUAN




Penyelenggaraan bermaksud melakukan kerja baik pulih yang dilakukan untuk memastikan barang atau alatan sentiasa dalam keadaan baik. Ia juga hendaklah dilakukan dengan lebih kerap supaya tidak berlaku sebarang masalah pada peralatan.




MENYELENGGARA TIANG ARAH ANGIN ( WINDCONE )






6.2.1 PENGENALAN




Windcone juga dikenali sebagai tiang petunjuk arah angin. Ia biasanya digunakan di lapangan terbang untuk memudahkan juru terbang untuk melihat arah angin sebelum melakukan pendaratan di landasan kapal terbang dengan baik. Di lapangan terbang ipoh terdapat 2 jenis windcone iaitu secara menual dan autometik.






6.2.2 ALATAN YANG DIGUNAKAN




Penyapu
Cangkul
Cat
Berus Cat
Tali pengikat
Tangga
Kain pengelap






6.2.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai windcone. Semasa kami melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh yang bertugas pada hari itu.


Nama penyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Bakri bin Ani
En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Krishnakumaran A/L Thilliambulam
En. Real Dul Walid bin Li
En. Hanafi bin Isa






6.2.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN






# PROSES KERJA MENYELENGGARA WINDSOCK




Periksa saluran air dan pastikan ia berada di bawah supaya air tidak akan bertakung di dalam windsock.
Ganti mana-mana tali pengikat windsock yang terputus atau hilang.
Jika windsock dibapati terkoyak tukar kepada yang baru.
Letakkan gris pada windsock supaya ia mudah berberak mengikut arah angin.






# PROSES KERJA MENYELENGGARA LAMPU




Periksa flood light 4 x 200 watt supaya berada dalam keadaan baik.
Bersikan lampu dan penutup lampu luar dan dalam dengan menggunakan kain pengelap.
Jika lampu terbakar gantikan kepada yang baru.


# PROSES KERJA MENYELENGGARA CIRCULAR BAND




Buang rumput dan tanah jika terdapat di atas circular band.
Bersihkan circular band supaya juru terbang dapat melihat dengan lebih jelas kedudukan windsock.
Jika warna circular band luntur ia perlu dicat semula.






# PROSES KERJA MENYELENGGARA SKTRUKTUR




Pastikan warna cat pada tiang tidak luntur dan dapat dilihat dengan jelas oleh juru terbang.
Jika warna cat pada tiang luntur, tiang hendaklah di cat semula mengikut kehendak yang telah ditetapkan.
Pastikan kesemua nat atau skru di ketatkan.






# PROSES KERJA MENYELENGGARA PENDAWAIAN




Pastikan pendawaian elekterik pada tapak tiang windcone dalam keadaan yang baik. Jika berlakunya kerosakan pada pendawaian ia perlu di baiki dengan segera.





Rajah 6.2.2 Tiang arah angin ( Wind cone)






6.3 MENYELENGGARA AERODROME BEACAN






6.3.1 PENGENALAN




Aerodrome beacan biasanya berada di atas bangunan menara kawalan. Ia bertujuan untuk memberi petunjuk kepada juruterbang bahawa di situlah terletaknya menara kawalan. Aerorome beacan juga boleh membuat satu pusingan yang lengkap ( 360 darjah ). Ia mempunya 4 buah lampu yang berwarna 2 buah lampu berwarna hijau dan 2 buah lagi berwarna kuning. Aerodrome beacan di kawal oleh menara kawalan.



6.3.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN.




Tangga
Pemutar skru rata
Kekunci L
Minyak gris
Blower
Kain pengelap






6.3.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN



Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi penerangan serba sedikit mengenai Aerodrome beacan. Semasa melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh penyelia yang bertugas membawa kami pada hari itu.




Nama penyelia :

En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir






6.3.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Meninta kebenaran pada pihak menara kawalan yang bertugas untuk memanjat bumbung menara kawalan untuk membuat penyelenggaraan Aerodrome beacan.
Buka nat control penal aerodrome baecan dengan menggunakan pemutar skru rata.
Blower digunakan untuk membuang sawang dan habuk yang melekat pada control penal.
Lampu aerodrome beacan dibersihkan dengan menggunakan kain pengelap.
Perisa nat dan ketatkannya jika nat itu longgar dengan menggunakan kekunci L.
Letakkan minyak gris dibahagian yang perlu supaya ia dapat berpusing dengan lancar dan tidak akan berlaku pengaratan di bahagian






Rajah 6.3.3 Aerodrome beacan






6.4 MENYELENGGARA CONSTANT CURRENT REGULATOR






6.4.1 PENGENALAN




Constant Currant Regulator ( CCR ) adalah salah satu alat yang di gunakan di Pencawang Elektrik AGL dan LOC untuk mengawal kecerahan lampu yang berada di landasan kapal terbang. Kecerahan lampu dapat dikawal mengikut peratusan peringkat iaitu 5%, 25%, 50%, 75% dan 100%. Biasanya ianya di kawal oleh menara kawalan mengikut kehendak kecerahan lampu yang diminta oleh juruterbang untuk mendarat dilandasan. Biasanya juruterbang hanya meminta menara kawalan yang bertugas menggunakan kecerahan lampu 50% sahaja kerana kecerahan lampu 100% boleh menyebabkan mata juruterbang silau dan sakit. Biasanya ia digunakan terutamanya pada waktu malam dan pada cuaca buruk seperti pada waktu hujan.




Terdapat 14 buah CCR di lapangan terbang, 7 buah di Pencawang Elektrik LOC dan 7 buah lagi di Pencawang Elektrik AGL. Setiap CCR mengawal lampu yang berlainan.






6.4.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Blower
Kain pengelap
Pemutar skru rata
Penyambung wayar ( Extension )
Pemutar skru Philip







6.4.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi penerangan serba sedikit mengenai Constant Current Regulator ( CCR ). Semasa melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh penyelia yang bertugas membawa kami pada hari itu.




Nama peyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir






6.4.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pekara pertama sekali perlu di buat adalah memberi tahu kepada pihak menara kawalan untuk melakukan kerja penyelenggaraan kerana lampu pada landasan kapal terbang tidak akan berfungsi.
Untuk langkah keselamatan pastikan bekalan diputuskan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja penyelenggaraan.
Terdapat banyak CCR di dalam pencawang elektrik dan ia perlu di selenggara satu persatu kerana jika penyelenggaraan di buat secara serentak akan menyusahkan pihak menara kawalann dan sesebuah kapal terbang yang hendak mendarat lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan.
Buka nat pada dinding CCR dengan menggunakan pemutar skru rata.
Untuk membuang sawang dan habuk yang melekat pada kompenen didalam CCR blower di gunakan.
Kain pengelap digunakan untuk mengelap dinding luar pada CCR supaya kelihatan lebih bersih.
Pasang kembali nat pada dinding CCR selepas menyiapkan kerja penyelenggaraan.
Selesai melakukan penyelenggaraan bekalan dihidupkan semula.
Bertahu pihak menara kawalan bahawa kerja-kerja penylenggaraan telah selesai dan meminta mereka menguji samada CCR berfungsi dengan baik atau tidak.






Rajah 6.4.4 Constant Current Regulator ( CCR )






6.5 MENYELENGGARA LAMPU LIMPAH ( HIGHMAST )






6.5.1 PENGNALAN




Lampu limpah juga di kenali sebagai highmast. Ia juga sangat popular di gunakan kerana dapat memberi pencahayaan yang terang. Terdapat 3 buah highmast di hadapan apron iaitu highmast no. 1, no. 2, dan no. 3. Highmast juga di pasang pada waktu malam untuk menjaga keselamatan lapangan terbang daripada di cerobohi oleh orang luar. Di lapangan terbang highmast biasanya di lihat di bahagian apron iaitu tempat meletak kapal terbang selepas melakukan pendaratan dan ia memudahkan para penumpang kapal terbang naik atau turun dari pesawat pada waktu malam. Selain itu juga memudahkan kerja penyelenggaraan pesawat pada waktu malam seperti membaiki kerosakan, mengisi minyak dan sebagainya.







6.5.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Penyambung Wayar (extension )
Blower
Kain Pengelap
Kunci khas
Tangga






6.5.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai highmast. Semasa kami melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh yang bertugas pada hari itu.




Nama penyelia :

En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Krishnakumaran A/L Thilliambulam






6.5.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pekara pertama sekali perlu di buat adalah memberi tahu kepada pihak menara kawalan untuk melakukan kerja penyelenggaraan kerana ia berdekatan dengan tempat meletak kapal terbang.
Untuk langkah keselamatan pastikan bekalan diputuskan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja penyelenggaraan.
Buka control panel dangan menggunakan kunci khas.
Buang bendasing yang terdapat didalam control panel seperti rumput-rumput sarang burung.
Blower digunakan untuk membuang sawang dan habuk-habuk yang berada di dalam control panel.
Kain pengelap digunakan untuk menglap kompenen-kompenen yang berada didalam control panel.
Periksa tali yang tergantung, pastikan tali itu berada dalam keadaan kendur dan tidak tegang.
Kunci kembali control panel selepas kerja-kerja penyelenggaran.






Rajah 6.5.5 Lampu limpah ( highmast )











6.6 MENYELENGGARA X-RAY MACHINE






6.6.1 PENGENALAN




Seperti yang kita ketahui semua penumpang hendaklah membuat pemerisaan bagasi masing-masing sebelum menaik kapal terbang. Dengan menggunakan X-ray machine kita dapat mengesan jika terdapat barang yang tidak sepatutnya dibawa oleh penumpang sebelum memulakan perjalan. Pemeriksaan keatas bagasi dan penumpang sangat penting kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku seperti membawa senjata api didalam pesawat.





6.6.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Blower
Kain penelap
Penyambung Wayar (extension)
Pemutar skru mata rata
Pemutar skru Philip
Pengesan Radiasi (Radiation Inspector)
Bagasi penguji







6.6.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai X-ray machine dan fungsinya. Semasa kami melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh yang bertugas pada hari itu.
Nama penyelia :

En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Bakri bin Ani






6.6.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, bekalan ke mesin x-ray diputuskan terlebih dahulu.
Setelah bekalan diputuskan, beberapa bahagian daripada mesin x-ray dileraikan dengan mengunakan pemutar skru philipdan pemutar skru mata rata.
Setelah bahagian badan mesin x-ray dileraikan, proses membersihkan dijalankan dengan mengunakan ‘blower’ dan kain pengelap yang kering untuk membersihkan habuk dan sawang yang terdapat didalam mesin x-ray.
Selepas dibersihkan, bahagian yang dileraikan dipasang semula dengan mengunakan pemutar skru.
Apabila selesai memasang kembali bahagian yang dileraikan, mesin x-ray diberikan bekalan untuk menghidupkannya.
Selepas itu, bagasi penguji dimasukan ke dalam terowong mesin x-ray untuk menguji samada mesin x-ray dapat mengesan barangan dengan baik atau tidak serta menguji ‘conveyor belt’ berfungsi dengan baik atau tidak.
Setelah pasti mesin x-ray dapat mengesan dengan baik dan ‘conveyor belt’ berfungsi dengan baik, Proses memeriksa kebocoran radiasi dilakukan.
Proses pemeriksaan kebocoran radiasi dilakukan dengan mengunakan ‘Radiation Inspector’. Radiation Inspector diletakan pada bahagian hadapan terowong mesin x-ray untuk memeriksa samada terdapat kebocoran atau tidak. Selain daripada memeriksa terowong mesin x-ray, bahagian badan x-ray juga diperiksa dengan mengunakan ‘Radiation Inspector’ bagi memastikan tiada kebocoran radiasi.
Selepas itu bahagian langsir terowong mesin x-ray (tunnel curtain) juga diperiksa untuk memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak koyak atau rosak kerana jika koyak atau rosak ia akan menyebabkan berlaku kebocoran radiasi.
Setelah selesai proses tersebut maka selesai kerja-kerja penyelenggaraan mesin x-ray.
Peralatan yang digunakan dikemasa dan kembali ke pejabat untuk mengisi pelaporan dan memasukan pelapora kedalam system SAP( System Application and Procedure)


Rajah 6.6.6 X-ray machine






6.7 MENYELENGGARA FEEDER PILLAR






6.7.1 PENGENALAN




Feeder pillar merupakan salah satu pencawang tanpa bangunan yang terdapat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Terdapat sebuah feeder pillar iaitu di tempat kereta awam. Ia mengalirkan elektrik hanya untuk kawasan kecil. Selain itu juga dugunakan untuk mengawal peralatan yang kecil seperti lampu jalan ditempat letak kereta.






6.7.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Blower
Kain pengelap
Cat
Berus Cat
Cangkul
Pemutar skru rata




6.7.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai feeder pillar dan fungsinya. Semasa kami melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh yang bertugas pada hari itu.



Nama penyelia :

En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Krishnakumaran A/L Thilliambulam
En. Real Dul Walid bin Li






6.7.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Buang rumput dengan menggunakan cangkul yang berada di sekeliling feeder pillar supaya kawasan itu tidak mempunyai rumput.
Buka pintu feeder pillar menggunakan pemutar skru rata
Blower digunakan untuk membuang sawang dan habuk-habuk yang berada di dalam feeder pillar.
Kain pengelap digunakan untuk menglap kompenen-kompenen yang berada didalam feeder pilllar.
Casing feeder pillar di cat sekali lagi untuk mengelakkan daripada berlakunya pengkaratan.
Selepas selesai melakukan kerja penyelenggaraan, pastikan pintu feeder pillar di kunci semula.


Rajah 6.7.7 Feeder Pillar






6.8 MENYELENGGARA DASH BOARD ( DB ) AIRCOND






6.8.1 PENGENALAN




Kami menjalankan kerja penyelenggaraan dash board bagi aircond. Di dalam dash board ini terdapat magnetic timer dan magnetic contactor yang mana magnetic timer untuk set masa yang dikehendaki seperti di sini ia disetkan pada 12 jam untuk salah satu aircond on dan off secara bergilir-gilir. Magnetic contactor pula bertindak seperti relay dimana ia akan contact setiap 12 jam aircond mana yang akan berfungsi.



6.8.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Blower
Penyambung wayar ( extension )
Kain pengelap
Pemutar skru rata
Cat
Berus Cat
kebal 2.5






6.8.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai dash board aircond dan fungsinya. Semasa kami melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh yang bertugas pada hari itu.


Nama penyelia :

En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir
En. Idris bin Ishak





6.8.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum memulakan kerja pastikan semua alatan hendaklah berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Kemudian matikan aircond.
Apabila buka penutup Dash board dapat diperhatikan bahawa salah satu kabel pada terminal terbakar akibat litar pintas.
Gantikan dengan wayar yang baru.
Kemudian blower digunakan untuk membuang sawang dan habuk-habuk yang berada di dalam dash board bagi aircond.
Kain pengelap digunakan untuk menglap kompenen-kompenen yang berada didalam dash board bagi aircond.
Casing dash board bagi aircond di cat sekali lagi untuk mengelakkan daripada berlakunya pengkaratan.
Selepas selesai melakukan kerja penyelenggaraan, pastikan ditutup semula.





Rajah 6.8.8 Dash Board ( DB ) Aircond






6.9 MENYELENGGARA PAPAN AGIHAN 3 FASA






6.9.1 PENGENALAN




Papan agihan 3 fasa mempunyai banyak keistimewaan berbanding papan agihan 1 fasa. Ia juga selalu digunakan berbanding dengan system agihan 1 fasa.
6.9.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




1. Test pen
2. Kabel 2.5
3. Maltimeter
4. Playar muncung tirus
5. pemutar skru rata






6.9.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai papan agihan 3 fasa dan fungsinya. Kami tidak di benarkan melakukan kerja penyelenggaraan kerana kerja itu berbahaya dan kami juga tidak mempunyai pengalaman.




Nama penyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Norrol Hesam bin Abd. Kadir






6.9.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum melakukan penyelenggaraan, pastikan bekalan diputuskan terdahulu.
Untuk langkah keselamatan, test pen digunakan untuk memastikan bekalan sudah terputus.
Periksa setiap satu, kabel dan MCB untuk mengenal pasti yang mana satu MCB yang rosak.
Pastikan kabel yang tidak berfungsi itu ditandakan terlebih dahulu sebelum membaiknya semula.
Buka MCB yang rosak dan gantikan dengan MCB yang baru.
Untuk memastikan ia berfungsi dengan baik,pengujian telah dibuat.






Rajah 6.9.9 Papan Agihan 3 Fasa



















6.10 MENYELENGGARA GENERETOR






6.10.1 PENGENALAN




Di lapangan terbang terdapat 3 buah generator iaitu di pencawang elektrik MIT, AGL dan LOC. Fungsi utama bagi generator adalah untuk menjadi back up apabila bekalan elektrik terputus samada disambar oleh petir atau bekalan utamanya dari TNB ditutup untuk kerja-kerja baikpulih kabel. Walaupun bertindak sebagai back up tetapi generator ini perlu dilakukan proses penyelenggaraan untuk memastikan ia sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan selamat digunakan pada masa-masa kecemasan.




Selalunya kerja penyelenggaraan ini hanya boleh dilakukan oleh chargamen. Ini kerana generator tersebut membekalkan tenaga seganyak 415 kw. Kerja-kerja penyelenggaran di lakukan bebulan sekali untuk ke tida-tiga generator itu.






6.10.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Kain pengelap
Air beteri
Minyak Pelincir
Playar muncung tirus
Minyak diesel
Besi penyukat







6.10.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai generator dan fungsinya. Kami tidak di benarkan melakukan kerja penyelenggaraan kerana kerja itu hanya boleh dibuat oleh chargamen sahaja.




Nama penyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Bakri bin ani






6.10.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pekara pertama sekali perlu di buat adalah memberi tahu kepada pihak menara kawalan untuk melakukan kerja penyelenggaraan.
Langkah petama yang kami buat adalah memeriksa paras air beteri. Didapati kandungan air beteri kuarang daripada had. Kami membuat penambahan air beteri. Ini kerana jika air beteri kurang akan menyebabkan generator tidak dapat berfungsi.
Selepas itu minyak hitam di periksa dengan menggunakan sebatang besi. Jika didapati minyak hitam itu terlalu pekat hitamnya keluarkan minyak hitam itu dan gantikan nya dengan minyak hitam yang baru.
Tangki minyak diesel generator juga perlu diperiksa supaya berada takat yang telah ditetapkan.





Rajah 6.10.10 Generator






6.11 MENYELENGGARA CPU PENAL






6.11.1 PENGENALAN




CPU penal merupakan salah satu alat yang penting. Tanpa CPU penal pihah menara kawalan tidak dapat mengawal CCR dari menara kawalan. Jadi jika berlaku kerosakan pada CPU penal CCR dikawal secara menual di pencawan elekterik.






6.11.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN




Blower
Kain pengelap
Penyambung wayar (extension )
Pemutar skru






6.11.3 CARA PENGGENDALIAN SEMASA LATIHAN




Sebelum melakukan kerja penyelenggaraan kami telah diberi serba sedikit penerangan mengenai CPU penal dan fungsinya. Semasa kami melakukan kerja penyelenggaraan kami di awasi oleh penyelia yang bertugas pada hari itu. CPU penal sentiasa dipasang 24 jam.




Nama penyelia :

En. Idris bin Ishak
En. Bakri bin ani
En. Norrol Hesam bin Abd. kadir






6.11.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN




Sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pekara pertama sekali perlu di buat adalah memberi tahu kepada pihak menara kawalan untuk melakukan kerja penyelenggaraan.
Putuskan bekalan pada CPU penal untuk langkah keselamatan.
Buka casing CPU penal dengan menggunakan pemutar skru rata.
Blower digunakan untuk membuang sawang dan habuk yang melekat pada control penal.
Casing CPU penal dibersihkan dengan menggunakan kain pengelap.
Perisa nat dan ketatkannya jika nat itu longgar dengan menggunakan pemutar skru.






Rajah 6.11.11 CPU penal






6.12 KOMEN DAN CADANGAN




Setelah selesai melakukan kerja penyelenggaraan saya dapati banyak maklumat yang baru dapat saya pelajari. Selain itu juga cara kendalian yang betul untuk menelenggara peralatan dapat saya pelajari daripada penyelia dan mengetahui fungsi-fungsinya. Pada pendapat saya kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan hendaklah dibuat mengikut waktu yang ditetapkan untuk mengelak daripada berlakunya kerosakan.
Selain itu penyelenggaraan yang kerap juga dapat mengelakkan alatan mengalami kerosakan dan alatan itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tidak perlu diganti selalu. Penyelenggaraan yang betul juga perlulah di ambil perhatian. Jika silap melakukan kerja penyelenggaraan alatan akan rosak. Oleh itu penyelenggaraan adalah penting.





6.13 KESIMPULAN




Kesimpulan yang dapat saya buat daripada melakukan kerja menyelenggara terdapat peraturan penting dan prosedur yang perlu dipatuhi supaya tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa semasa melakukan kerja penyelenggara. Oleh itu kerja perlulah dibuat dengan berhati-hati supaya tidak berlakunya kemalangan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home