fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB 4




SISTEM AERONAUTICAL GRAUND LIGHTNING ( AGL )






5.1 PENGENALAN




Sistem AGL sangat penting berada di lapangan terbang. Selalunya system AGL ini akan digunakan apabila pesawat hendak mendarat dengan baik. Selain itu juga ia sangat diperlukan pada waktu-waktu kecemasan seperti waktu malam ataupun apabila waktu cuaca buruk contohnya hujan lebat. System AGL ini perlu diperiksa pada setiap pagi. Lampu-lampu AGL yang ada di lapangan terbang adalah:


Approach Light
Threshold
Precision Approach Part Indicatior ( PAPI )
Runway Edge/End Light
Runway Centerline Light
Taxiway Centerline Light
Taxiway Edge Light
Stop Bar Light
Constant Current Regulator (CCR).
Aerodrome Beacon
Wind cone
Obstruction Light



5.2 JENIS-JENIS SISTEM AERONAUTICAL GRAUND LIGHTNING ( AGL )






5.2.1 SISTEM LAMPU APPROACH









Terdapat 44 buah lampu approach di landasan. Lampu approach ada 7 barisan denan jarak tertentu dalam keadaan melintang. Lampu ini bertujuan untuk paduan juruterbang untuk mendarat pada waktu siang dan malam. Kebiasaannya kecerahan lampu mengikut kesesuaian atau tahap kecerahan yang diperlukan. Lampu ini mengikut peringkat ketinggian yang telah ditetapkan. Semakin dekat dengan hujung landasan semakin rendah tinggi lampunya. Lampu approach mempunyai satu warna sahaja iaitu warna oren.






5.2.2 LAMPU TRESHOLD






Lampu threshold mempunyai 24 buah di penhujung landasan runway 22/04. Lampu ini mempunyai satu warna sahaja iaitu berwarna hijau. Ia bertujuan sebagai petunjuk kepada juruterbang untuk membuat pendaratan. Kecerahan lampu adalah mengikut kehenhak juruterbang.





5.2.3 PRECISION APPROACH PART INDICATIOR ( PAPI)






Lampu PAPI mempunyai dua barisan iaitu disebelah kiri dan kanan landasan. Lampu ini mempunyai 24 buah. 12 buah disebelah kanan dan 12 buah lagi disebelah kiri. Jarak antara lampu adalah sama pada setiap baris. Lampu ini berfungsi sebagai panduan kepada juruterbang untuk mendarat dengan betul. Kecerahan lampu adalah mengikut kehendak juriterbang.
Apabila menghampiri kawasan landasan, 2unit lampu berdekatan landasan akan menjadi warna merah dan yanga jauh akan menjadi warna putih.
Apabila berada di atas dan menghampiri landasan, 1 unit pertama landasan akan berwarna merah sementara 3 unit yang jauh akan berwarna putih.
Apabila semakin jaug keat udara semua lampu menjadi warna putih.
Apabila berada di bawah dan berhampiran landasan, 3 unit yang dekat akan menjadi warna merah dan 1 unit lagi menjadi warna putih.
Apabila berada dibawah semua lampu menjadi warna putih.





System lampu PAPI boleh dilihat oleh juruterbang pada sudut tidak lebih daripada 3 darjah. Darjah kecerahan lampu merah mesti tidak melebihi 15 peratus dari lampu putih.












5.2.4 RUNWAY EDGE LIGHT









Terdapat sebanyak 58 buah lampu runway edge di landasan lampu ini dipasang di sepanjang landasan kiri dan kanan. Lampu itu dipasang secara selari kiri dan kanan landasan dengan jarak yang sama.lampu ini berfungsi sebagai petunjuk semua sudut yang terdapat di dalam bearing untuk membimbing juruterbang semasa mendarat selepas waktu siang.






5.2.5 RUNWAY END LIGHT









Lampu runway end mempunyai satu warna sahaja iaitu warna biru. Ia berfungsi sebagai petunjauk kepada juruterbang. Lampu ini juga terletak sebaris dengan lampu runway edge pada sudut kanan hujung landasan. Lampu ini mempunyai 12 buah lampu sahaja di landasan.





5.2.6 RUNWAY CENTERLINE LIGHT








Lampu runway centerline terletak pada sepanjang garisan tengah landasan ataupun garisan awal kenderaan. Lampu ini mempunyai jarak yang tertentu mengikut kategori system lampu antaranya ialah 7.5 m, 15 m dan 30m. lampu ini mempunyai satu warna sahaja iaitu warna hijau. Lampu ini berfungsi sebagai panduan juruterbang untuk masuk ke kawasan taxiway centerline. Terdapat 10 buah lampu runway centerline.






5.2.7 TAXIWAY CENTERLINE LIGHT








Lampu taxiway centerline mempunyai sebanyak 16 buah. Kebiasaan lampu ini di letakkan pada atas garisan tengah taxiway centerline. Ia pertu diletakkan pada gariasan luar dari taxiway supaya dapat membantu juruterbang meletakkan pesawat di apron dengan cara yang betul dan selamat. Lampu ini berwarna hijau sahaja dan ia dapat di lihat dari sudut yang betul sahaja.




5.2.8 TAXIWAY EDGE LIGHT







Lampu taxiway edge ini mempunyai satu warna sahaja iaitu biru. Lampu tersebut mestilah 30 darjah diatas garisan horizontal dan pada semua sudut di bearing azimuth untuk panduan kapal terbang. Lampu ini sangat penting pada waktu malam kerana taxiway tidak dibekalkan dengan lampu taxiway centerline dan pada kegunaan pada waktu malam. Terdapat 64 buah lampu taxiway edge pada landasan.







5.2.9 STOP BAR LIGHT








Lampu stop bar mempunyai satu warna lampu sahaja iaitu warna merah. Lampu ini berfungsi sebagai tanda berhenti pada garisan perhentian lampu. Lampu ini berada pada bahagian menunggu di taxiway yang menyambung landasan. Pesawat akan berhenti pada garisan itu dan memberi laluan pada pesawat yang lain pada landasan. Terdapat 16 buah lampu stop bar pada landasan.



5.2.10 CONSTANT CURRENT REGULATOR (CCR )







‘Constant Current Regulator (CCR)’ merupakan sebuah alat yang terdapat dalam system AGL. Ia hanya dapat ditemui di lapangan terbang kerana ditempat atau industri yang lain tidak mengunakan CCR. ‘Constant Current Regulator (CCR)’ ialah sebuah alat yang mengawal arus untuk mengawal kecerahan lampu-lampu yang terdapat dalam Sistem AGL. CCR menerima voltan masukan sebanyak 415V dan kemudian voltannya dinaikan kepada 5Kv untuk dihantar ke peralatan yang terrdapat dalam system AGL. Arus maksima yang dikeluarkan ole CCR ialah sebanyak 6.6 Amp.




CCR boleh dikawal secara automatic dan manual. Kecerahan lampu-lampu yang terdapat dalam system AGL diukur mengikut peratusan seperti 5%, 25%, 50%, 75% dan 100%. Setiap satu CCR mengawal satu litar lampu yang sama, seperti sebuah CCR mengawal lampu PAPI ( Precision Approach Path Indicator), sebuah lagi mengawal lampu landasan dan yang lain-lain mengawal setiap satunya mengawal setiap jenis lampu yang terdapat dalam system AGL..






5.2.11 AERODROME BEACAN


Aerodrome beacan biasanya berada di atas bangunan menara kawalan. Ia bertujuan untuk memberi petunjuk kepada juruterbang bahawa di situlah terletaknya menara kawalan. Aerorome beacan juga boleh membuat satu pusingan yang lengkap ( 360 darjah ). Ia mempunya 4 buah lampu yang berwarna 2 buah lampu berwarna hijau dan 2 buah lagi berwarna kuning. Aerodrome beacan di kawal oleh menara kawalan.






5.2.12 TIANG ARAH ANGIN ( WINDCONE







Windcone juga dikenali sebagai tiang petunjuk arah angin. Ia biasanya digunakan di lapangan terbang untuk memudahkan juru terbang untuk melihat arah angin sebelum melakukan pendaratan di landasan kapal terbang dengan baik. Di lapangan terbang ipoh terdapat 2 jenis windcone iaitu secara menual dan autometik.















5.2.13 OBSTRUCTION LIGHT






‘Obstruction Light’ merupakan salah sebuah daripada beberapa jenis lampu yang terdapat dalam Sistem AGL. Lampu ini bertindak sebagai penanda atau panduan pada Juruterbang pada waktu malam untuk perhatian para Juruterbang bahawa kawasan tersebut terdapat kawasan tinggi, bangunan tinggi atau menara telekomunikasi yang tinggi supaya tidak berlakunya kemalangan., Lampu ini kebiasaannya dipasang pada puncak bangunan yang tinggi atau puncak gunung yang terdapat disekitar lapangan terbang ini kerana Juruterbang akan memandu pesawat rendah sebelum mendarat, lampu ini dapat membantu untuk mengelak berlakunya kemalangan. Lampu ini berwarna merah, setiap satu set perumah untuk ‘Obstruction Light’ mempunyai 2 unit lampu dan lampu ini berkadar 100 watt.






5.3 AGL CONTROL SYSTEM




Terdapat beberapa cara untuk mengawal system AGL seperti mengawal kecerahan tertentu ataupun mengawal system lampu individu




DIRECT CONTROL SYSTEM

Bagi system ini pekerja perlulah pergi ke pencawang elektrik untuk menghidupkan lampu atau mengawal kecerahan lampu babi system ini.





AUTOMATIK CONTROL SYSTEM

Bagi system automatic lampu akan menyala dengan sendiri seperti set masa pada alatan ataupun menggunakan siis photo cell.




AUXILIARY RELAY CONTROL SYSTEM

Menggunakan system kawalan bantuan ( 120 volt AC ) yang membolehkan lampu ini dikawal dengan alat kawalan jauh.


SOFTWARE CONTROL SYSTEM

Menggunakan teknologi mikropemprosesan terkini. Dikawal oleh computer dengan system kod atau modem yang menhubungkan pelbagai pusat kawalan.

2 Comments:

Blogger latif_86 said...

hy friend..chat ke

8:11 PM  
Blogger latif_86 said...

hye...kawan lame xdgr cite..

8:12 PM  

Post a Comment

<< Home