fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB 3



CARA PENGOPERASIAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN AZLAN SHAH




3.1 JABATAN PENERBANGAN AWAM (DCA)




Jabatan Pernerbangan Awam ( DCA ) ialah salah satu badan khas yang bertugas mengawal dan menyelia bidang penerbangan di Malaysia. Antara bidanga yang berada bawah kuasa tadbir DCA ialah bidang kawalan trafik udara, pesawat komersil dan pengurusan lessen juruterbang. DCA tergolong dalam satu pasukan yang besar.di lapangan terbang DCA hanya lah mengawal trafik udara.




Di LTSAS, DCA mempunyai bangunan tersendiri yang merangkumi ruang pejabat dan menara kawalan. Selain itu DCA mempunyai pengurus yang sendiri dan di bawah pengurus tersebut adalah Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) dan pekerja –pekerja lain.PKTU ditempatkan di menara kawalan setinggi 6 tingkat untuk mengawal dan menyelia perjalanan pesawat dan latulintas udara.




Setiap pegerakan pesawat dan lalulintas udara di catatkan untuk memudah memberi arahan selanjutnya. PKTU bekerja mengikut syif dan biasanya bergilir-gilir menjalankan tugas pada setiap hari. Tugas PKTU adalah sangat mencabar dan perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mentel. Selain itu mereka juga hendaklah berhati-hati apabila menjalankan tugas kerana tugas mereka melibatkan pesawat dan nyawa orang ramai.




Di dalam bilik menara kawalan terdapat banyak penel kawalan dan pad penal tersebut terdapat segala lampu, peralatan komunikasi dan system di tempatkan. Pada panel kawalan tersebut juga terdapat alatan yang digunakan untuk mengetahui kelajuan angin. Keadaan angin pada keadaan normal adalah tidak bahaya sekitar 3-4 knot dan tahap yang bahaya ialah 15 knot ke atas. System komunikasi yang digunakan dalam pehubungan antara menara kawalan dengan pesawat lebih kurang sama dengan system perhubungan lain.





Rajah 3.1.2 Menara Kawalan





3.1.2 FUNGSI MENARA KAWALAN




Memberi maklumat kepada juruterbang semasa mendarat dan selepas mendarat.
Membantu juruterbang semasa mendarat dan berlepas
Mengawal lalulintas udara





Rajah 3.1.2 Panel kawalan






3.2 MALAYSIA AIRPORT BERHAD (MAB)




Malaysia Airport Berhad lebih dikenali lagi dengan singkatan MAB. Terdapat 57 orang kakitangan yang berhikmad di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh ( LTSAS). Ia terbahagi kepada 5 buah unit iaitu unit pentadbiran, unit kejuruteraan, unit AFRS, Unit AVSEC dan unit operasi. Di airport ini di bahagikan kepada 3 waktu kerja iaitu di sebelah pagi ,petang dan malam. Waktu kerja pada sebelah pagi dari pukul 6.30pagi hingga 2.30 petang, manakala pada sebelah petang dari pukul 2.30 petang hinggga pukul 10.30 malam dang pada sebelah malam pula dari pukul 10.30 malam hingga pukul 6.30 pagi.




Sebelum melakukan sebarang tugas perjumpaan harian pada sebelah pagi, pada pekerja yang bertugas pada waktu pagi dan waktu pejabat di wajib berkumpul didalam bilik mesyuarat. Ia bertujuan untuk bacaan doa supaya lebih di berkati sebelum melakukan kerja dan menyelesaikan masalah yang di hadapi dan membentangkan laporan kerja pada hari keesokan harinya. Jika terdapat masalah yang dihadapi, masalah itu akan dibincangkan bersama pengurus.




Pengurus – Melaporkan maklumat aktiviti terkini lapangan terbang, perkara-perkara penting, kegiatan mingguan dan perncangan yang baru akan dibuat dan menyelesaikan masalah yang timbul.




Ketua Unit Keselamatan – Melaporkan masalah di terminal, pergerakan keselamatan dan aktiviti harian.




Ketua Unit Kejuruteraan – Melaporkan hal ehwal pengurusan dan projek yang dijalankan serta mengambil tindakan mengambil tindakan dari masalah yang timbul.




Ketua Unit Bomba – Melaporkan keselamatan kebakaran dan maklumat yang berkaitan serta melaporkan hal ehwal pengurusan.




Unit Elektrik – Melaporkan pemeriksaan pelancaran dan kerosakan serta kakitangan bertugas dan aktiviti yang dijalankan.




Unit Mekanikal – Melaporkan aktiviti harian yang dijalankan dan servis jentera.




Unit Bomba – Melaporkan jumlah jentera yang beroperasi, jumlah dan kakitangan persediaan yang bertugas pada hari berkenaan, jumlah pekerja yang bercuti serta laporan kejadian dan aktiviti




Unit Keselamatan – Melaporkan waktu ketibaan dan jumlah berlepas anggota bertugas serta pelepasan dan pendaratan kapal terbang.




Unit Awam – Melaporkan aktiviti harian yang dijalankan serta jumlah kutipan tempat letak kenderaan.





3.2.1 UNIT PENTADBIRAN




Di LTSAS terdapat unit pentadbiran yang mempunyai 5 orang kakitangan. Waktu kerja kakitangan itu pada waktu pejabat sahaja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Mereka bertanggungjawab dalam pengurusan Airport. Mereka Hanya melakukan kerja-kerja hal ehwal pejabat dimana memastikan perjalanan organisasi berjalan lancar.






3.2.2 UNIT KEJURUTERAAN




Kejuruteraan mempunyai seramai 8 orang kakitangan. Ianya terbahagi kepada 3 unit iaitu elektrik, mekanikal dan awam. Antara tugas-tugas di bahagian kejuruteraan ialah menyelenggara dan baikpulih. Selain itu, di bahagian kejuruteraan elektrik bertanggungjawab untuk memeriksa lampu pada setiap pagi untuk memastikan setiap lampu berfungsi dengan baik.
Jika berlaku kerosakan tindakan segera perlulah diambil. Bagi kejuruteraan awam tugas tugas mereka bagi membaikpulih alatan awam yang didapati rosak. Manakala bahagian mekanikal pula bertanggungjawabuntuk membaiki kenderaan bomba.






3.2.3 UNIT AFRS




AFRS merupakan singkatan bagi Airport Fire and Rescue Sqhad. AFRS menjalankan kerja-kerja memcegah kebakaran tetapi AFRS terhad hanya kepada kegunaan lapangan terbang sahaja. Kelengkapan alatan dan keanggotaan yang di gunakan oleh AFRSadalah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. AFRS mempunyai seorang ketua iaitu penolong kuasa bombadan di bantu oleh pegawai serta anggota yang lain AFRS ini mempunyai seramai 21 orang anggota.




Terdapat sebuah menara pengawasan mempunyai 2 tingkat dimana ianya di awasi oleh pihak AFRS. Ia berfungsi untuk mengawasi segala pegerakan kapal terbang. Pada menara penawas terdapat alam crash alarm yang di gunakan sekiranya berlaku kebakaran kemalangan kapal terbang. Bell alarm juga bertindak sebagai isyarat untuk menandakan berlaku kebakaran. Seren pula berfungsi sebagai amaran supaya semua anggota bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.




Kenderaan yang di gunakan oleh anggota AFRS semasa menjalankan tugas atau semasa berlakunya kejadian yang tidak diingini di lapangan terbang. Terdapat 3 jenis kenderaan operasi iaitu:

Mini Riv Bev 3000cc
Ultra Large Foam Tanker (ULFT)
Large Foam Tanker (LFC)





3.2.4 UNIT AVSEC




AVSEC merupakan singkatan daripada perkataan Aviation Security. Ia merupakan unit keselamatan yang telah ditugaskan menjaga keselamatan lapangan terbang. Terdapat 12 orang anggota di LTSAS yang berlainan pangkat menjadi AVSEC termasuk seorang ketua dan seorang lagi di tugaskan di bahagian Stol Pangkor. Antara tugas yang dijalankan adalah meronda kawasan ini untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan. Selain iti, AVSEc juga bertanggungjawab untuk memeriksa keluar masuk kawasan landasan kapal terbang dan barang di lapangan terbang. AVSEC mempunyai kuasa tertentu dimana mereka dibekalkan dengan senjata api bagi memudahkan untuk menjalankan tugas jika terdapat sebarang bahaya yang mungkin berlaku. Tetapi kuasa mereka hanya berada di lapangan terbang sahaja. Salah satu tugas bagi menjaga keselamatan lapangan terbang adalah AVSEC akan memastikan pelawat menggalkan ICdi kaunter keselamatan bagi memastikan langkah-langkah keselamatan jika berlaku sebarang yang tidak diingini.






4.2.5 UNIT OPERASI




Bahagian operasi bertanggungjawab untuk memeriksa landasan setiap 3kali sehari iaitu pada waktu pagi sebelum kapal terbang mendarat, pada waktu tengah hari dan pada waktu petang. Terdapat seramai 6 orang pekerja di bahagian operasi. Selain memeriksa landasan ia juga bertanggungjab untuk memastikan keceriaan lapangan terbang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home