fariha comot

Monday, September 11, 2006

BAB 1




PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG






1.1 PENGENALAN






Latihan industri atau lebih dikenali umum sebagai latihan secara praktikal merupakan salah satu syarat yang di wajibkan kepada semua pelajar semester 3 sebelum memiliki sijil apabila tamat pengajian kelak. Secara keseluruhan objektif sebenar diwajibkan latihan industri sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan.




Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya telah banyak didedahkan kepada peraturan serta kod etika syarikat ini. Sehubungan dengan itu, saya dapat mengaitkan teori yang telah dipelajari di Politeknik dan amali sepanjang menjalani latihan industri. Saya juga telah banyak menimba ilmu pengetahuan yang baru.



1.1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI




Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma. Setiap pelajarperlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulang semula latihan industri tersebut. Antara objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar :




Mengalami beberapa aspek pekerjaan di organisasi bagi mendapat kemahiran asas profesional dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebelum menamatkan latihan mengikut bidang masing-masing.
Mempraktikkan teori yang telah dipelajari dengan melakukan amali dalam situasi perkejaan semula.
Mewujudkan hubungan dua hala iaitu diantara pihak Politeknik dengan Malaysia Airports Sdn. Bhd.
Menanam sifat amanah, jujur, bertoleransi dan bertanggungjawab terhadap tugas.
Menghayati nilai etika profesion.
Menjalin hubungan dengan ahli profesional lain di luar kampus.
Membina daya kretiviti dan menyumbang buah fikiran yang bermutu kepada organisasi.
Untuk mengukuhkan keyakinan diri apabila menempuh alam pekerjaan sebenar.
Memberi peluang kepada pelajar cara untuk bekerja secara berpasukan dan individu.
Untuk menyediakan satu laporan industri yang telah dipraktikkan setelah tamat menjalani latihan.






1.1.2 OBJEKTIF LAPORAN




Setelah tamat menjalani latihan industri , setiap pelajar di wajibkan menyediakan satu laporan yang berbentuk buku untuk dihantar kepada pihak Politeknik. Ojektif utama laporan adalah;
Sebagai sumber rujukan khusus setelah memasuki sesi pembelajaran semula selepas menjalani latihan industri.
Sebagai bukti seseorang pelajar itu telah menjalani nlatihan industri di sesebuah firma atau syarikat.
Boleh membantu seseorang pelajar itu ketika ingin memohon pekerjaan kelak.




Laporan yang dihasilkan adalah merupakan segala aktiviti dan pekerjaan yang telah dilakukan oleh pelajar semasa menjalani latihan industri di firma atau syarikat itu. Penulisan laporan yang berkualiti mencerminkan keperibadian dan kesungguhan pelajar berkenaan semasa melakukan tugas yang diberi.




Laporan ini juga dapat mengigatkan pelajar semula tentang apa jua aktiviti dan pekerjaan yang telah dipelajari di sektor tersebut. Ia juga boleh dijadikan sebagai dahan rujukan kepada pelajar untuk menghadapi temuduga pekerjaan. Pelajar juga akan menyertakan sekali buku laporan industri ini semasa temuduga dijalankan sebagai persediaan dan membantu temuduga. Dengan ini, peluang pekerjaan yang dipohon adalah lebih cerah.




Pelajar yang berjaya meralisasikan sebuah laporan yang lengkap adalad pelajar yang bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan diri. Buku laporan ini melambangkan prestasi sebenar pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana segala aktiviti dicatatkan dan dilaporkan dalam laporan industri ini.




Laporan ini juga adalah sebagai latihan sebelum dikehendaki menulis laporan yang sebenarnya kelak. Pelajar dilatih membuat laporan sendiri mengikut cara dan keadaan yang betul. Pengalaman ini akan menjadi ikhtibar dan panduan kepada pelajar sekiran perlu untuk membuat laporan pada masaakan datang. Ia juga melatih pelajar menguruskan masadengan baik dalam persiapan membuat laporan. Malah ia juga mengajar erti kesabaran dalam mencari maklumat untuk melengkapkan sebuah laporan industri.



Selain itu juga, ia adalah sebagai latihan kepada pelajar untuk mengikut arahan yang telah ditetapkanh ke atas format laporan.






1.1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR




Latihan industri luar kampus dikalsanakan semasa semester 3 bagi pelajar yang mengambil sijil. Pelajar yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik akan menjalani latihan ijndustri luar kampus selama lebih kurang 5 bulan di firma atau syarikat yang berkaitan dengan kursus yang diikuti. Antara kepentingan :




Memberi pendedahan praktis kepada para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.
Platfom untuk pelajaran mengetahui dengan lebih terperinci tentang sesuatu teori yang telah pelajari.
Dapat mengenalpasti peranti-peranti elektrik dengan lebih definitif.
Memperkuatkan daya tahan pelajar terhadap cabaran sebenar di alam pekerjaan.
Dapat menanam sifat amanah, tanggungjawab, berkeyakinan serta semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik antara pekerja dan pelajar.



















1.2 LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA






Rajah 1.2.1 Peta kedudukan semua lapangan terbang di Malaysia

1.2.1 LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA




NAMA LAPANGAN TERBANG
ALAMAT
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
64000 KLIA Sepang,
Selangor, Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Penang
Lapangan Terbang Antarabangsa Penang,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,
07100 Padang Mat Sirat,
Pulau Langkawi,
Kedah, Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,
Aras 5,
Bangunan Terminal,
Beg Berkunci No. 134,
88740 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing
Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing,
Peti Surat 1070,
93722 Kucing,
Serawak, Malysia.




1.2.2 LAPANGAN TERBANG DOMESTIK




NAMA LAPANGAN TERBANG
ALAMAT
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz,
47200 Subang,
Selangor, Malaysia.

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah,
31350 Ipoh,
Perak, Malaysia.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,
06200 Alor Setar,
Kedah, Malaysia.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,
16100 Kota Bharu,
Kelantan, malaysia.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah
Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah,
25150 Kuantan,
Pahang, Malaysia.

Lapangan Terbang Batu Berendam
Lapangan Terbang Batu Berendam,
75350 Melaka, Malaysia.

Lapangan Terbang Sandakan


Lapangan Terbang Sandakan,
P.O. Box 1719,
90719 Sandakan,
Sabah, Malaysia.

Lapangan Terbang Lahat Datu
Lapangan Terbang Lahat Datu,
P.O. Box 213,
91108 Lahat Datu,
Sabah, Malaysia

Lapangan Terbang Tawau
Lapangan Terbang Tawau,
P.O. Box 60132,
91011 Tawau,
Sabah, Malaysia.

Lapangan Terbang Sibu
Lapangan Terbang Sibu,
Peti Surat 645,
96007 sibu,
Sarawak, Malaysia.

Lapangan Terbang Bintulu

Lapangan Terbang Bintulu,
97000 Bintulu,
Sarawak, Malaysia.

Lapangan Terbang Miri
Lapangan Terbang Miri,
Peti Surat 851,
98008 Miri,
Sarawak, Malaysia.

Lapangan Terbang Limbang
Lapangan Terbang Limbang,
98700 Limbang,
Sarawak, Malaysia.

Lapangan Terbang Mulu

Lapangan Terbang Mulu,
98000 Mulu,
Sarawak, Malaysia.





1.3 SEJARAH PENUBUHAN MAHB






1.3.1 LATAR BELAKANG MAHB




Malaysia Airport Berhad telah dikopratkan pada tahun 1991 apabila parlimen telah meluluskan rang undang-undang untuk memisahkan jabatan Penerbangan Awam ( JPA ) kepada dua eniti berasingan dengan dua tanggungjawab yang berbeza. Jabatan Penerbangan Awam adalah agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab sebagai badan yang mengawal lapangan terbang dan industri penerbangan di Malaysia, fungsinya juga lebih terarah kepada mengawal trafik di udara disamping menaudit aspek peraturan operasi penerbangan. Malaysia Airport Holding Berhad ( MAHB )pula setelah dikopratkan pula lebih memfokuskan terhadap aktiviti koperasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan terbang. Pada tahun 1992, MAHB telah mendapat lesen daripada Kementerian Pengakutan Malaysia untuk melaksanakan funsi sebagai pengendali lapangan terbang.




Malaysia Airport Holding Berhad ( MAHB ) telah diperbadankan sebagai syarikat terbitan awam pada bulan November tahun 1999 dan telah disenaraikan pada papan utama di Bursa Saham Kuala Lumpur, menjadi syarikat pengendali lapangan terbang yang pertama di asia disenaraikan dan juga yang keenam di dunia.




Aktiviti utama MASB ialah pengurusan, operasi dan penyelenggaraan untuk pembangunan lapangan terbang dengan kepentingan utamanya melaksanakan kecekapan operasi, keselamatan penumpang, operasi korgo dan penerbangan. Disamping perniagaan utama, MASB telah membuat beberapa perstrukturan koporat, dengan mewujudkan beberapa anak syarikat yang menawarkan beberapa perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan penerbangan.




Hasil pendapatan syarikat adalah berdasarkan dua bahagian utama, hasil berkaitan penerbangan dan hasil yang bukan berkaitan dengan penerbangan. Pendapatan yang diperolehi seperti daripada yuran pendaratan, caj ‘aerobrridge’, caj kaunter check-in, caj memakir pesawat dan caj perkhidmatan penumpang.




Hasil bukan daripada aktiviti penerbangan telah dijanakan dari aktiviti komersil, termasuk duti operasi bebas, hasil operasi hotel, hasil operasi zon perdangangan bebas, hasil pengurusan kemudahan memakir kenderaan dan sewa pajakan ruang niaga.




Malaysia airport telah mengurus dan mengoperasikan 38 lapangan terbang yang terdiri daripada lima Lapangan Terbang Antarabangsa, domestik dan padang terbang ( Short Take –Off and Landing ( STOL ) ports ) di Malaysia.




Lpangan terbang utama ialah KLIA, Ianya telah menghasilkan strategi yang berwawasan untuk memenuhi keperluan sebagai pesawat udara baru yang besar dan meminta trafik pada abat ke-21 ini. KLIA telah meneroka dengan menggunakan teknologi ‘ state-of-the-art ‘ dalam pengurusan lapangan terbang diketahui seperti sistem pengurusan keseluruhan lapangan terbang ( TAMS ). TAMS dapat mengendalikan teknologi lapangan terbang Malaysia. Tidak kurang 40 sistem ciri penting yang berfungsi di lapangan terbang seperti pengurusan trafik udara, pengurusan bagasi kemasukan pesawat dan perkhidmatan mempamerkan informasi tentang penerbangan.




MAHB juga menyediakan perkhimatan pengurusan lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dan Siem Reap di Komboja melalui program usahasama dengan Aeroports di Paris Management S.A.




MAHB juga mempunyai Pusat latihan yang tersendiri atau dikenali sebagai Malaysia Airport Traning Centre ( MATC ), yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia bertujuan untuk menyediakan latihan dan kursus untuk kakitangan MAHB. MATC juga digunakan sebagai pusat latihan program keselamatan yang dikendalikan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa ( ICAO ). Tambahan pula MATC menyediadan kepakaran terhadap hal keselamatan penerbangan kepada Kerajaan Malaysia dan Syarikat penerbangan.




Bagi pegangan saham pula seperti berikut :




Modal saham dibenarkan : RM 2 000, 000, 001.
Modal saham diterbitkan : RM 1 100, 000, 001.




Seperti dimaklumkan bahawa Malaysia Airports Holding Berhad ( MAHB ) merupakan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan akibat daripada dasar penswastaan yang dilaksanakan kepada agensi kerajaan. Oleh kerana itu ia merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan maka Kementeriaan Kewangan melalui Khazanah Nasional Berhad telah menguasai pegengan saham ini sebanyak 72.74% kemudiannya diikuti dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja ( KWSP ) 1.21% dan juga Amanah Raya Nominess ( tempatan ) Sdn. Bhd. 1.10%.




























1.3.2 LOGO MALAYSIA AIRPORTS



Rajah 1.3.2 logo Malaysia Airports
1.3.3 MAKSUD LOGA MALAYSIA AIRPORT




Asas rupa logo ini adalah tertumpu kepada Menara Kawalan Trafik Udara, landasan kapal terbang dan laluan penergangan yang menjadi lambang keunggulan yang berdiri megah serta teguh bagi Malaysia Airport.




Empat garisan putih “ threshold marking “ mencerminkan perkhidmatan yang sistematik, Dinamik, Cekap dan Dedikasi.




Laluan penerbangan yang condong ke atas menggambarkan satu matlamat iaitu kejayaan.




Rupa bentuk menara kawalan yang bertinkat-tingkat mencerminkan mutu perkhidmatan yang sentiasa dikemaskinikan ke arah kecemerlangan.




Warna biru melambangkan kestabilan, keharmonian dan kesusilaan dalam memberikan perkhidmatan cemerlangan disamping merupakan warna asas penerbangan.




Warna pinang masak ( jingga ) mencerminkan hubungkait pekhidmatan udara di dalam keselamatan, keteguhan dan kestabilan pihak pengurus.




Keseluruhan rupa bentuk logo melambangkan Malaysia Airport yang Sistematik, Dinamik, Cekap dan Dedikasi bagi mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna.




1.3.4 PENYATA VISI




Menyediakan perkhidmatan lapangan terbang yang berkelas dunia kepada para penumpang.






1.3.5 POLISI KUALITI




Menyediakan pintu masuk Malaysia kepada syarikat penerbangan dengan rangkaian lapangan terbang akan menyediakan pembangunan terhadap perlancongan, dan ekonomi secara menyeluruhnya, melakui penyediaan kos efektif intrastruktur penerbangan dan perkhidmatan tahap antarabangsa tertinggi, memenuhi keperluan kepada semua pengguna.




Untuk mengurus dan mengekalkan per\kara berkaitan keselamatan, perlindungan dan kecekapan bagi mengatasi gangguan ketidakselesaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluaan untuk semua pengguna




Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan berazam untuk melaksanakan, mengekalkan dan sentiasa memperbaiki sistem pengurusan kualiti yang berasaskan MS ISO 9001-2000. Secara berkala, bagi memjamin kesesuaian dan keberkesanannya.




Pengurus atasan akan sentiasa memastikan objektif kualiti SMART ( Specific, Measurable, Attainable, realistic, time-Bowed ) diadakan pada fungsi, tahap, berkomunikasi dengan pihak syarikat dengan mewujudkan pesekitaran dimana setiap orang memainkan peranan penting untuk syarikat, objektif-objektif ini9 telah diselia dan dinilaikan secara berkala untuk memastikan pencapaian syariakat bersesuian dengan misi dan objektif syarikat pada waktu ini.


1.3.6 OJEKTIF KUALITI




Untik memenuhi polisi kualiti diatas, objektif kualiti telah dirangkan dan diberi penekanan, ojektif berikut adalah :




Menyediakan kecekapan perkhidmatan mengatasi keperluan pada semua pengguna lapangan terbang.
Memastikan semua kelengkapan dan kemudahan yang dipelukan berada dalam keadaan lancar untuk beroperasi pada semua lapangan terbang dan boleh digunakan pada setiap masa dan masa keseluruhannya, dan pastikan ketidaklancaran dapat diatasi.
Menyediakan perkhidmatan keselamatan dan perlindungan untuk lapangan terdang.
Untuk mengekalkan tahap persediaan dan boleh melaksanakan tugas dengan pantas apabila terjadi kejadian kecemasan supaya dapat mengesan situasi tersebut dan dapat diminimakan.
Sentiasa memastikan bilangan aduan pengguna dapat dikurangkan.






1.3.7 NILAI-NILAI ORGANISASI YANG DIKONGSI BERSAMA




§ Pegerakan pasaran
§ Fokus terhadap pelanggan
§ Bekerja dalam satu pasuakan
§ Berusaha kearah kecemerlangan
§ Kesetiaan










1.3.8 SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH




Tan Sri Datuk DR. Aris Othman
Dato’ Seri Bashir Ahmad Abdul Majid
Dato’ Zaharah Shaari
Eshah binti Meor Sulaiman
Datuk Alias Ahmad
Datuk Siti malsalmah Osman
Ahmad Kamal Abdullah Al-Yafli
Long See Wool
Gho Peng Seng




MEMBER
JAWATAN
Datuk Kamaruddin Mohd. Ismail
Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Keselamatan dan Kebombaan
Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali
Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Teknik, MAHB.
Dato’ Mahat Samah
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan operasi
Umar Bustamam
Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat
Suffian Baharuddin
Pengurus Besar Kewangan MAHB
Ahmad Zubir Abdul
Pengurus Besar Sumber Manusia, MAHB
Azmi Murad
Pengurus Besar KLIA (Sepang ) Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Karim
Pengurus Besar Malaysia Airport Sdn. Bhd.
Suradini Abdul Ghani
Pengurus Besar Malaysia Airport Menagement & Technical Services Sdn. Bhd.
Mohd. Nasir Ismail
Pengurus Besar MAB Agriculture-Horticulture Sdn. Bhd.

Muhammad Arshad
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Auction Centre Sdn. Bhd.
Dato’ Ahmad Mustafa
Pengurus Besar Sepang International Circuit Sdn. Bhd.
Che Aziz Mohd. Nor
Chief Executive Officer Utusan Teknologi Wawasan Sdn, Bhd.
Mohd. Aminuddin Yaakup
Pengurus Besar, Malaysia Airport Technologies Sdn. Bhd.
Sabarina Laila Mohd Hashim
Pengurus Besar, Secretarial And Legal Services Division Cum Company Secretary Malaysia Airport Holdings Berhad.
Nasrein Fazal Sultan
Pengurus Besar, Internal Audit, MAHB.






1.4 LAPANGAN TERBANG SULTAN AZLAN SHAH, IPOH.





1.4.1 PENGENALAN






Rajah 1.4.3 Bangunan Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.






Lapangan Terbang Sultan Azalan Shah dahulunya dikenali sebagai Lapang Terbang Ipoh, terletak enam (6) KM ke arah selatan pusat Bandaraya Ipoh.Lapangan Terbang yang ada sekarang adalah hasil dari beberapa perubahan dan pembangunan semenjak ianya mula dibina dalam tahun 1929.




Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh telah mula dibina pada 3 Oktober 1987 dan siap sepenuhnya pada 1 Oktober 1989. Lapangan terbang ini mempunyai beberapa kemudahan asas yang diperlukan bagi mem bolehkannya beroperasi sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa. Semenjak mula digunakan pada 1 Oktober 1989, tiada kerja pengubahsuaian dilakukan. Sehingga kini, setelah 17 tahun beroperasi, lapangan terbangan ini mula mengalami masalah disegi keupayaan operasi dan masalah struktur bangunan. Berdasarkan kepada kapisiti terkini, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh memerlukan pengubahsuaian bagi meningkatkan prasarana sedia ada.






1.4.2 SEJARAH ASAL PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG IPOH




Lapangan Terbang ini telah mula dibina pada tahun 1929. Pada masa itu Kerajaan British yang memerintah Semenanjung Tanah Melayu. Mereka telah membina padang terbang yang hanya mempunyai landasan berumput sahaja. Padang terbang yang dibina hanya boleh menanpung 12 buah pesawat perjuang mereka.




Semasa perang dunia Kedua, tentera jepun telah menguasailapangan terbang ini. Mereka juga turut menawan pesawat-pesawat British yang disembunyikan di beberapa hangar di sekitar lapangan terbang. Tentera jepun juga telah di percayai membina rangkaian terowong-terowong bawah tanah untuk tujuan operasi peperangan mereka. Beberapa buah kubu juga telah di bina di sekitar landasan kapal terbang. Peninggalan tentera British dan tentera Jepun ini masih boleh dilihat di sekitar lapangan terbang ini sekarang.




Setelah British kembali berkuasa pada tahun 1945, mereka mula menggunakan lapngan terbang ini untuk tujuan ketenteraan termasuk juga kemudahan awam.
Dalam tahun 1947, Jabatan Penerbangan Awam ( Department Of Civil Aviation ) telah ditubuhkan di Singapurayang pada masa itu masih di bawah pemerintahan Kerajaan British. Penerbangan awam yang bermula di Ipoh pada tahun 1950 yang dikendalikan oleh Syarikat Pernerbangan Malayan Airways dengan menggunakan pesawat DC-3. Setelah tanah melayu mendapat kemerdekaan , Malaysia-Singapura Airlines yang beroperasi di ipoh menggunakan pesawat Fokker F-27. Pada masa itu, masa operasi lapangan terbang hanyalah pada waktu siang sahaja.




Lapangan terbang ini pernah dipindahkan sementara waktu ke Asam Kumbang, Taiping dalam tahun 1960bagi memudahkan kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Ipoh agar ianya dapat menampung pesawat yang lebih besar.




Dalam tahun 1984, lampu-lampu landasan telah dipasang di sepanjang landasan lapangan Terbangan Ipoh. Sebelum pemasangan lampu-lampu landasan itu, sekiranya keadaan memerlukan operasi di sebelah malam atua cuaca buruk, maka pihak lapangan terbangan akan menggunakan lampu minyak tanah (goose neck) yang diletakkan di sepanjang landasan sebagai petunjuk kepada pemandu kapal terbang






1.4.3 SEJARAH LAPANGAN TERBANG IPOH BEROPERASI




Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh telah mula beroperasi sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1935. Pada peringkat awal operasinya, lapangan terbangini hanya mempunyai landasan berumput. Keseluruh kawasan pada masa itu adalah ledih kurang 301 ekar, dimana 175 ekar darinya adalah kawasan berpagar. Kedudukan lapangan terbang ini adalah terletak lebih kurang 6 Km ke selatan dari pusat Bandar Ipoh.




Lapangan Terbang ini telah diwartakan sebagai lapangan terbang pada 29 April 1938. Kawasan Lapangan Terbang yang berpagar telah digazetkan sebagai kawasan larangan pada 25 November 1976.
Waktu operasi pada masa itu adalah dari jam 0630 pagi sehingga jam 1900 malam. Manakala waktu bekerja dibahagi kepada dua syif iaitu syif pagi mulai jam 0630 hingga jam 1245 dan syif petang mulai jam 1245 petang hingga jam1900 malam.




Lapangan Terbang ini pada asalnya merupakan Lapangan Terbang Domestik dan tertakluk dibawah Kategori C ( Mengikut ICAO Standard). Kemampuannya ketika itu adalah terhad dan hanya mampu mengendalikan pergerakan pesawat-pesawat jenis Focker 27 dan yang sekelas dengannya.

Panjang landasan pada masa itu adalah berukuran 1371 meter / 4500 kaki dan lebar 37 meter / 120 kaki. (Parking Apron) Tempat pemakiran pesawat hanya berkemampuan menampung dua buah pesawat jenis Focker 27 atau sekelas dengannya pada satu-satu masa.




Lapangangan terbang ini ketika itu hanya dilengkapi dengan sebuah (Locator IP) dan tidk boleh menampung kehendak Instrument Flight Rule (IFR). Dengan demikian, lapangan terbang ini merupakan sebuah Lapang Terbang Visual Flight Rule. Kelengkapan lain yang di sediakan adalah lampu landasan yang hanya boleh digunakan dari subuh ke senja (dawn to dusk operation). Lapangan terbang ini juga mempunyai 9 helipads konkrit yang dibina oleh pihak TUDM untuk kegunaan pesawat –pesawat mereka.






1.4.3 FAKTA RINGKAS PEMBANGUNAN SEMULA LAPANGAN TERBANG IPOH




Projek pembangunan semula bagi Lapangan Terbang Ipoh sepatutnya bermula lebih awal lagi tetapi kerana beberapa masalah, projek ini hanya bermula pada bulan Oktober 1987.




Projek ini menelan belanja hampir 40 juta ringgit termasuk kos perolehan tanah serta pembinaan 2 buah jalan dan jambatan iaitu Jalan Harimau ke Jalan Presiden Kennedy dan Jalan Presiden Kennedy ke Jalan Lapangan Terbang.
Lapangan Terbang Ipoh kemudiannya dinamakan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sempena nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada masa itu. Lapangan Terbang ini mula digunakan pada 8 September 1989 dan siap sepenuhnya pada 1 Oktober 1989.




Bagi menyesuaikan keperluan semasa ketika itu,mka waktu poerasi telah dipinda iaitu mulai jam 0600 sehingga jam 2200. Mankala waktu bekerja dibahagikan kepada dua syif iaitu syif pagi mulai jam 0600 hingga jam 1400 dan syif petang mulai jam1400 hingga jam 2200. Bagi menampung keperluan operasi semasaketika ini, maka pengurusan Malaysia Airports Ipoh telah menyelaraskan semula waktu operasi bermula pada jam 0630 hingga 2230.




Walaupun lapngan terbang ini tertakluk dibawah kategori Domestik, namun ianya juga menyediakan kemudahan CIQ dan mampu mengendalikan penrbangan antarabangsa bagi sektor Medan-Ipoh-Medan. Kemampuanya pada ketika ini telah dipertingkatkan dan mampu pergerakan pesawat jenis B737-400 serta lain-lain pesawat yang sekelas dengannya.






Rajah 1.4.4 Kubu tinggalan British yang terletak berdekatan dengn landasan.







1.4.4 CIRI-CIRI LAPANGAN TERBANG SULATAN AZLAN SHAH




Nama
Lapangan Terbang Ipoh
Tarikh Pembinaan
3 Oktober 1987
Tarikh Disiapkan
1 0ktober 1989
Kos Perbelanjaan
RM 39,239,897.35
Luas Keseluruhan
652.8 ekar
Jarak Dari Pusat Bandar
6.4 Km






1.4.5 BANGUNAN TERMINAL




Keluasan
§ 2,520 m.p.
Bilik VVIP
§ Taming Sari
Bilik VIP
§ Cempaka Sari
Balai Ketibaan
§ 200 Orang
Balai Berlepas
§ 200 Orang
Syarikat Penerbarbangan
§ Malaysia Airlines System Bhd.
§ Jatayu Airlines.
§ Merpati Nusantara Sdn. Bhd.
Pejabat Kerajaan
§ Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.
§ Pejabat Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.
§ Kaunter Travel Control Officer PDRM.
§ Kaunter Jabatan Pertanian.
§ Pondok Polis.

1 Comments:

Blogger Suzainur KAR said...

Terima kasih atas maklumat yang dikongsi.

:)

8:19 AM  

Post a Comment

<< Home